Friday, October 10, 2008

Penghulu Kencana


Abdul Razak bin Abd Rahman telah dilahirkan di Muar Johor pada 12 Disember 1971. Abdul Razak mendapat pendidikan awal di SK Bakri Batu 2 dan kemudiannya di SMK Dato’ Sri Amar Di Raja Muar Johor. Setelah menamatkan persekolahannya kerjaya perguruan adalah merupakan impian beliau dan telah memperoleh Sijil Perguruan Asas dalam bidang Pendidikan Muzik dari Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur. Beliau memulakan tugas sebagai seorang pendidik di SK Sungai Buaya Hulu Selangor pada tahun 1994 seterusnya berkhidmat sebagai pegawai kurikulum di Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1997. Atas keperluan semasa yang menitikberatkan insan berilmu beliau telah melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Pertama dalam bidang Pendidikan Muzik di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim Perak.
Beliau merupakan seorang guru yang aktif terutama dalam bidang muzik. Ini dibuktikan dengan melibatkan diri secara serius di peringkat sekolah mahupun di peringkat industri hiburan tanah air. Beliau banyak melibatkan diri dalam membimbing pelbagai kumpulan instrumental di sekolah seperti kumpulan Kombo, Cak Lempong kontemporari, kumpulan persembahan Rekoder, Orkestra Nusantara dan banyak lagi. Beliau juga diberi kepercayaan sebagai jurulatih kumpulan Muzik Asli pelajar kebudayaan negeri Selangor dan membuat persembahan di “International Youth Festival “ Ferriere Casa Montagna Italy. Penglibatan beliau sebagai tenaga produksi, pemuzik, penggubah serta jurulatih Orkestra Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada tahun 1999 sehingga 2008. Kini beliau bertugas sebagai pensyarah muzik di Institut Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur dan sedang melanjutkan pelajaran di Peringkat Sarjana Pendidikan Muzik di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim Perak.

4 comments:

DIARIKU said...

Tahniah Ajak....
Akhirnya berkat usaha kau tu... Terhasillah blog kencana nie... Aku dah link kat blog tugasan aku http://diaritugasan.blogspot.com/

Tahniah sekali lagi

OMARA said...

Terima kasih Ajak Kencana kerana telah masukkan link blog saya 1. Warisan Boria dan 2. Warisan Ghazal Parti.

Terus martabatkan seni!

H.I.K.M.A.H said...
This comment has been removed by the author.
H.I.K.M.A.H said...

sir, bile sir nak update blog? i wanna read....